Buku Log Lencana Jaya Diri




LENCANA JAYADIRI


Nama               :           MUHAMMAD FAIZ HAKIMI BIN OSMAN
N. K/P             :          
No. Kump       :          01 PADANG TERAP
Sekolah           :           SMK DATO’ SYED AHMAD, KUALA NERANG.
                                   







REKOD PERIBADI


                       NAMA            : __________________________________________
HURUF BESAR

                       Tarikh Lahir : _________________________
                       No. K/p :   ____________________________
                       No. Ahli : ____________________________
                       No. Kumpulan : _______________________
                       Nama Kumpulan : _____________________
                       Daerah : ______________________________________
                                      ______________________________________
                       Negeri : _____________________________________
                       Alamat Kumpulan : ____________________________
                       _____________________________________________
                       Pangkat : _____________________________________





















SUKATAN PELAJARAN
LENCANA JAYADIRI


1.         Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.

2.         Melukis dan rnenerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalarn Malaysia dan mengetahui lambang Malaysia dan lambang negeri masing- masing.

3.         Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.

4.         Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan ka­wasan Parlimen serta narna ahli parlirnen yang berkenaan.

5.         Mempunyai buku log pengakap yang kemas kini.





























REKOD UJIAN
LENCANA JAYADIRI


NAMA            :  ____________________________________________
No. K/P : _________________ TARIKH LAHIR :____________
NO. AHLI : _______________   NO. KUMP: _______________
NAMA KUMP : _____________________________________
ALAMAT KUMP : ___________________________________
BIL.
PERKARA
TARIKH LULUS
T/TANGAN PENGUJI
1.
Fungsi Parlimen



2.
Bendera Negeri dalam Malaysia, dan lambang negeri dan Negara.


3.
Fungsi sebuah agensi Kerajaan



4.
Peta Kawasan Parlimen negeri dan ahli Parlimen


5.
Buku Log Peribadi




Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja yang tersebut di atas telah lulus semua ujian dan memenuhi segala kehendak dalam lencana Jayadiri.


Tarikh : ___________                                                              _____________________
Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama dan cap)













1.     PARLIMEN PERSEKUTUAN
Parlimen Malaysia merupakan adan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.
PARLIMEN Persekutuan terdiri daripada Duli Yang Maha Mu­!a Sen Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memamggil Parlimen bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Dengan yang demikian, Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang aktif dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang kemudiannya.


Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mcngubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dan semasa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dan tarikh mesyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendiri­nva dibubarkan dan dalam masa 60 hari dan tarikh pembubaran Parlimen, pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen di­panggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat dan­pada 120 hari dan tarikh pembubaran itu.

              Fungsi Parlimen
              1.       Kuasa Perundangan Parlimen. Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

              2.       Kewangan Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Persekutuan. Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen.

3.       Kuasa perbincangan. Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai hal­ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.


              4.       Kuasa penyelenggaraan. Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang diletakkan ke atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka Per­lembagaan memberi beberapa hak dan perlindungan undang-undang yang dikenali sebagai ‘keistimewaan Parli­men’. Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan oleh tiap-tiap ahli Parlimen.

              5.       Kuasa menghukum. Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing mempu­nyai pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah atau tidak sah perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah; dan tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-ahlinya kerana me­langgar keistimewaan Parlimen atau ‘mencemar’ dewan. Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu­an, tiap-tiap ahli Parlimen terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan perkara-perkara yang diperkatakan atau undi \rang dibuat dalarn Parlimen, dan perlindungan yang sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat kuasa mana-mana dewan.


DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli yang dipilih se­waktu pilihan raya umum 2013. Komposisi perwakilan negeri-negeri adalah seperti berikut:
                                Semenanjung Tanah Melayu                   :         165  orang
                                Sabah                               :         25 orang
                                Serawak                                     :         31 orang
                                Wilayah Persekutuan         Labuan                   :         1 orang

                                Korum  :         74 orang
                                Simple Majoriti       :         112 orang
2 pertiga                       : 148 orang

Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah dipilih keseluruhannya. Yang Dipertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang Dipertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli Dewan dan satu tambahan kepada 222 orang ahli yang dipilih. Keanggota­an Dewan Rakyat dibataskan kepada warganegara yang ber­urnur 21 tahun ke atas dan ia tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagai­manapun, Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijak­sanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut, iaitu setelah mendapat nasihat dan Perdana Menteri.








              Fungsi Dewan Rakyat
              1.       Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.
              2.       Bersidang dan semasa ke semasa.
              3.       Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerang­kan dasar-dasar kerajaan.
              4.       Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang ­undang diperkenalkan di Dewan Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan dijalankan. Jika ia telah diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk perbahasan dan perbincangan.
              5.       Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.


DEWAN NEGARA
Dewan Negara mempunyai 67 orang ahli yang mana 41 orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda ‘telah berbakti dengan cemerlang­nya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebuda­yaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli’. Dua orang ahli untuk mewakili Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan seorang untuk mewakili Wila­yah Persekutuan Labuan akan juga dilantik oleh Yang di­Pertuan Agong. Sementara 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Negeri dan 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang senator. Yang Dipertua dan Timbalannya dipilih daripada kalangan mereka sendiri. Ke­anggotaan Dewan Rakyat ini dibataskan kepada warganegara yang telah berumur 30 tahun ke atas. Tempoh Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun. Beiau tidak boleh memegang jawatan itu lebih daripada dua tempoh.
Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah kedudukan ahli Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli Dewan yang dipilih oleh Dewan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu di­pilih oleh pengundi-pengundi, mengurangkan jumlahnya, atau rnenghapuskan ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.


          Fungsi Dewan Negara

              1.       Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

              2.       Menangguhkan semua rang undang-undang yang dilulus­kan oleh Dewan Rakyat. Semua rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh Dewan Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha Muhia Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.

              3.       Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang ­undang dan merujukkannya semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak rang undang-undang tersebut.

              4.       Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah­gunaan kuasa Dewan Rakyat.

     5.       Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di­Pertuan Agong akan menjadi Akta Parlimen dan seterus­nya undang-undang.


B.                 BENDERA DAN LAMBANG


                        BENDERA MALAYSIA

1.               SIMBOL DAN WARNA PADA BENDERA MALAYSIA

Bendera negara Malaysia mengandungi empat warna iaitu merah, putih, biru dan kuning. Terdapat 14 jalur melintang yang sama lebar. Jalur-jalur ini bermula dari atas berwarna merah dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini melambangkan 13 buah negeri dalam Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Melaka, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, dan Kerajaan Persekutuan. Warna biru tua di atas sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Dalam kawasan yang berwarna biru tua ada anak bulan dan bintang pecah 14. Warna kuning ialah warna diraja bagi raja-raja. Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam. Warna merah dan putih -  bermakna kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.
Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

Susunan pengibaran bendera Malaysia lebih diutamakan di negeri-negeri dalam Malaysia dalam tiga keadaan yang berikut:

                  1.         Hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh  pada hari Sabtu (dahulu Rabu) yang pertama dalam bulan Jun tiap-tiap tahun.
                  2.         Hari ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
                  3.         Lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri yang berkenaan.
Rajah 1 :Bendera Malaysia

2.         UKURAN BENDERA MALAYSIA
Bendera negara Malaysia mempunyai ukuran mengikut nisbah 1:2 iaitu lebar satu dan panjang dua. Bendera Malaysia boleh dibuat mengikut saiz yang diperlukan sama ada kecil ataupun besar asalkan mengikut nisbah yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun ukuran standard yang besar ialah lebar 91.5 cm dan panjang 183 cm, dan bagi yang kecil ialah 15.2 cm lebar dan 30.5 cm panjang.
Saiz bendera iaitu 14 unit lebar dan 28 unit panjang. Empat belas unit lebar dibahagikan kepada l4 jalur iaitu satu unit bagi satu jalur. Jalur-jalur ini berselang-seli warna merah dan putih yang bermula dengan warna merah di atas dan berakhir dengan warna putih di bawah.

Kedudukan warna biru pula ialah di sebelah kiri atas, di sudut tiang, bermula dan kiri sepanjang 14 unit iaitu setengah panjangnya daripada keseluruhan panjang bendera tersebut. Lebar ke bawah pula mengambil lapan unit iaitu hingga ke warna jalur merah yang kelima, dan ini bermakna lebamya ke bawah lebih sedikit daripada separuh. Kedudukan anak bulan dan bintang adalah betul ­betul di tengah-tengah petak yang berwarna biru.




3.         Kedudukan anak bulan dan bintang

Rajah 2 : Kedudukan anak bulan dan bintang pada bendera Malaysia
Nota
Satu unit bersamaan dengan 2 lebar (lebar bagi tiap-tiapjalur) ukuran bandingan bendera ialah sam kadar dua - 14 unit bersamaan dengan 28 unit.

Kedudukan anak bulan dan bintang adalah di tengah-tengah petak yang berwarna biru. Terdapat bintang pecah 14 dan pecahan bintang yang ke-10, ke­11, ke-12, dan ke-13 termasuk sedikit ke dalam anak bulan. Bucu anak bulan yang di atas hampir mencecah pecahan bintang yang ke-14 sementara bucu anak bulan yang di bawah hampir mencecah pecahan bintang yang kesembilan.
Bendera Malaysia yang terdapat di pasaran biasanya tidak mengikut ukuran yang sebenar. Ada kalanya pecahan bintang 14 ini kecil, jauh dan anak bulan dan ada juga yang separuh daripada pecahan bintang ini termasuk ke dalam anak bulan. Terdapat juga bucu atas dan bawah anak bulan ini yang jauh kedu­dukannya dan pecahan bintang dan ada pula yang terletak antara dua pecahan anak bintang. Jika hendak menempah bendera negara Malaysia hendaklah mengikut ukuran seperti rajah di atas.







4.         MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
1.         Jangan letakkan bendera di atas tanah.
2.         Jangan biarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya.
3.         Jika bendera dikibarkan separuh tiang, turunkan dan bawa ia masuk pada waktu petang.
4.         Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu sepenuh tiang,
kemudian barulah turunkan semula separuh tiang.
5.         Jangan gunakan bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda,
kecuali sebagai tanda penghormatan. Inisalnya untuk menutup keranda.
6.         Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa. Pastikan ia teguh dan tidak mudah putus



5.         LAGU RASMI MALAYSIA

                                                Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
                                    Rakyat bidup bersatu dan maju
                                    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
                                    Raja kita selamat bertakhta
                                    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
                                    Raja kita selamat bertakhta
1.      JATA NEGARA

·         Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam.
·         Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
·         Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
·         Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
·         Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
·         Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
·         Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).





JATA NEGERI-NEGERI MALAYSIA
JATA NEGARA MALAYSIA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.


BENDERA NEGERI KEDAH
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
LAMBANG NEGERI KEDAH
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.







BENDERA NEGERI KELANTAN
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkanWANG emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.




NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar

BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.





BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.


BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini
melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

LAMBANG NEGERI PERLIS
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.












BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri danMalaysia.

LAMBANG NEGERI MELAKA
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnyaLIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.


BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.
LAMBANG NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun
kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satuPERDAGANGAN yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.


BENDERA NEGERI PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
LAMBANG NEGERI PERAK
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


NEGERI JOHOR
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.




BENDERA NEGERI SABAH
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utamadalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berada dalam kedudukan
1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.




LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.









BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
LAMBANG NEGERI SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.




BENDERA WILAYAH PERSEKUTUANPUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA adalah berasaskan dua (2) warnautama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidakDAPATdipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysiadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.










MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA

Pergerakan pengakap melaksanakan satu istiadat mengibarkan bendera, terutama semasa perjumpaan mingguan pengakap atau pada waktu pagi dalam sesuatu perkhemahan. Urutan pelaksanaan istiadat mengibar bendera adalah seperti
di bawah ;
1.         ketua patrol dan penolong ketua patrol bertugas perlu meIipat bendera Malaysia yang akan dikibarkan sebelum istiadat ini dilaksanakan. Kebiasaannya, bendera dilipat pada pukul 7.00 pagi semasa perkhemahan.

2.         Tatacara melipat bendera adalah seperti berikut:
(a)       Dua orang petugas diperlukan semasa melipat  bendera.
(b)       Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan hendera tidak terbalik.
(c)        Lipat dua atau lipat empat bendera tersebut (saiz lipatan tersebut perlu sesuai dengan benclera).
(d)       Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalarn lipatan tersebut.
(e)       Naikkan bendeta yang diikat ke puncak tiang benclera.





                     

Rajah 1 Melipat bendera

3.         Tatacara semasa istiadat mengibar bendera dilaksanakan adalah seperti di bawah.



Rajah 2 : Kedudukan dalam bentuk tapak kuda
( bilangan peserta sedikit)

(a)        Pemimpin berdiri satu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam ben­tuk tapak kuda.


Rajah 3.13       Kedudukan dalam bentuk tapak kuda
(bilangan peserta ramai)

(b)        Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
(c)        Pemimpin bertugas melaporkan diri kepada pemim­pin kumpulan dan memohon kebenaran melaksana­kan upacara menaikkan bendera.
(di)       Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.
(e)        Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke be­lakang, kemudian memberi tabik hormat kepada ben­dera dan diikuti oleh sernua pemimpin serta pengakap lain.
(f)        Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
(g)        Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Nega­raku”, semua ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
(h)        Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.
(i)         Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan me­nyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
(j)         Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah Se­langkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dila­fazkan oleb ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
(k)        Selesai membaca persetiaan pengakap, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli rnenjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
(l)         Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi tak­limat dan ucapan.
(m)      Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi hukuman ‘sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberii arahan keluar baris.


C.                FUNGSI AGENSI KERAJAAN ATAU BADAN BERKANUN

MADA
ada tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya perletakkan batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang di sempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.
Perletakkan batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para petani negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ia juga menjadi lambang kemegahan hasil usaha gigh serta kerjasama erat antara masyarakat tani dengan seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak lebih 46 tahun yang lalu.
LOGO
logo
Lambang ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah MADA pada 17 Ogos 1972. Biru ialah warna air (pengairan). Bukit-bukit dan empangan menunjukkan sumbernya. Kebiruan itu melambangkan permulaan kegiatan pembangunan. Kuning ialah warna padi masak. Kekuningan itu melambangkan matlamat akhir pembangunan. Cantuman kedua-dua warna biru dan kuning melambangkan percantuman Bahagian Taliair dan Bahagian Pertanian menjadi sebuah Lembaga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial dan ekonomi di dalam Kawasan Muda. Jentera menunjukkan usaha petani yang perlu dimodenkan untuk mencapai matlamat tersebut. Lingkaran buah padi di kiri kanan perkataan MADA melambangkan tanggungjawab utama Lembaga dalam pembangunan pertanian bagi mencapai pengeluaran makanan yang bertambah untuk keperluan Negara.




PENUBUHAN
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan Persekutuan pada 30 Jun 1970 di bawah satu dekri darurat dengan nama mulanya iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah dilakukan oleh Allahyarham
Tun Hj. Abdul Razak Husin selaku Pemangku Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan Balai Besar, Alor Setar Kedah.
Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B Dato’ Syed Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh Ahmad B. Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara). Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.

KUASA-KUASA LEMBAGA

Mengikut Seksyen 4(1) Akta 70, Lembaga diberi kuasa :-
i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan social dalam Kawasan Muda.
ii.  Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.
Dalam ucapan pembukaan mesyuarat sulung Lembaga Pengarah di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970, Yang Berhormat Tuan Syed Nahar Shahabuddin sebagai Pengerusi MADA yang pertama menyatakan harapan dengan tertubuhnya MADA, dapatlah diadakan satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang bukan sahaja akan menggunakan pengetahuan-pengetahuan pakar mereka, bahkan juga pengetahuan tempatan agarDAPAT diarahkan satu dasar yang “flexible” untuk menjayakan Rancangan Pengairan Muda.




TUJUAN DITUBUHKAN

MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.
Memetik ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab kawasan Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan ditadbir dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran kawasan ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini diberikan kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya di Alor Setar. Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu perbadanan atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.












PENGLIBATAN PELADANG

Pergerakkan Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan Peladang memainkan peranan yang mustahak ke arah pencapaian matlamat Rancangan Pengairan Muda. Dalam menunaikan tugas dan tanggunjawab, MADA sentiasa melibatkan pemimpin-
pemimpin peladang mengikut masa dan keadaan. Persatuan Peladang yang pertama ditubuhkan di dalam Kawasan Muda adalah Persatuan Peladang Kubang Sepat. Ianya ditubuhkan pada 27 Julai 1968 di bawah Akta Persatuan Peladang Tahun 1967.
Pada tahun itu hanya hanya 215 orang yang menjadi ahli. Sekarang terdapat 27 buah Persatuan/Pertubuhan Peladang di dalam Kawasan Muda dengan jumlah ahli seramai 26,976 orang dan modal saham sebanyak RM2.96 juta. Pergerakkan Persatuan Peladang ini telah menjadi bertambah kukuh dan lebih berkesan dengan penubuhan Majlis perunding dan Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Peladang MADA serta Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. pada pertengahan tahun 1970an.


STRUKTUR ORGANISASI MADA

Bagi mencapai cita-cita penubuhan seperti yang terkandung dalam ucapan perasmian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, struktur organisasi MADA telah disusun menggabungkan peranan beberapa jabatan yang penting yang berkaitan secara langsung dengan perlaksanaan Rancangan Pengairan Muda. Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian di dalam Kawasan Muda masing-masing diserap menjadi Bahagian Kejuruteraan MADA dan Bahagian Pertanian MADA.
Melalui percantuman ini perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan, pertanian dan pergerakkan Persatuan Peladang telah dapat diselaraskan di bawah satu organisasi yang kukuh seperti mana yang telah ditegaskan oleh Pengurus Besar MADA yang pertama, Encik Mohd Tamin B. Yeop dalam taklimat pembukaan kepada mesyuarat sulung Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970.
KOMPLEKS IBU PEJABAT YANG TELAH DIBINA
Satu kawasan seluas 43 ekar di Ampang Jajar Pasang Surut, Lencong Barat, Alor Setar kini telah berdiri dengan kukuh dan megah serta ianya diberi nama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ia dijadikan kawasan kompleks Ibu Pejabat MADA seperti yng ditunjukkan dalam Pelan Tataletak.


IBU PEJABAT
Serentak dengan pertukaran Pejabat Pegawai Penyama Projek kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda pada 30 Jun 1970, bangunan sementara Pejabat Pegawai Penyama Projek di Telok Chengai yang diperbuat daripada kayu itu telah menjadi Ibu Pejabat MADA. Ia menempatkan Pejabat Pengurus Besar, Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Ketua Bahagian Pertanian.
Pejabat-pejabat tersebut (kecuali Pejabat Ketua Bahagian Pertanian yang telah berpindah ke satu bangunan sementara yang lain di Ampang Jajar) masih lagi menggunakan bangunan sementara yang lama itu sehingga ke hari ini setelah 46 tahun MADA ditubuhkan. Pejabat Ketua Bahagian Kejuruteraan MADA telah menumpang dan seterusnya mengambil alih bangunan sementara peninggalan Pejabat Pengarah Projek Rancangan Pengairan Muda di Jalan Langgar. Kedudukkan pejabat-pejabat Bahagian terpenting yang berjauhan dan kesesakkan ruang pejabat yang dihadapi itu telah menimbulkan kesukaran dari segi melaksanakan program-program pembangunan dan juga operasi.





PERKEMBANGAN
Sebelum 30 Jun 1970, Rancangan Pengairan Muda diletakkan di bawah Pejabat Pegawai Penyama Projek yang dikendalikan daripada Kuala Lumpur. Perlaksanaan kerja-kerja pembinaan prasarana fizikal dan projek-projek perintis menjadi tanggungjawab Jabatan Parit dan Taliair. Jabatan Pertanian dengan menggunakan daya utamanya sendiri telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan dan intensif menyediakan peladang-peladang untuk memasuki satu era baru dalam perusahaan tanaman padi dua kali setahun. Jabatan Pertanian juga telah merintis jalan ke arah penubuhan pergerakkan Persatuan Peladang.
Tanggal 30 Jun 1970 adalah merupakan lambang titik perubahan yang besar dalam sejarah Rancangan Pengairan Muda. Pada hari itu Pejabat Pegawai Penyama Projek dengan rasminya ditukar menjadi sebuah pihak berkuasa menurut undang-undang yang sekarang dikenali sebagai MADA.
Seawal penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas terdiri daripada seorang Pengurus Besar, seorang Pentadbir, seorang Jurutera, seorang Ahli Ekonomi, seorang Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat, dan seorang Pekerja Buruh. Pergantungan kepada kedua-dua Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan Taliair terpaksa diteruskan sementara proses pinjaman dan proses pengambilan kakitangan baru sahaja dilakukan. Sekarang bilangan kakitangan MADA dalam semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850 orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.


VISI MISI
VISI 01
Peneraju undustri padi Negara dan penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di Kawasan MUDA.
MISI 02
·         Mentrasformasikan industry padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kompetitif.
·         Mempergiatkan penglibatan peladang dalam keseluruhan rantaian nilai total value chain) industry padi dan beras.
·         Memaksimumkan pendapatan peladang melalui pelbagai sumber.
·         Memajukan institusi peladang sebagai entity ekonomi yang berdaya saing.
bullet
Secara keseluruhanya kesan grafik yang jelas adalah pemaparan huruf "M" yang dihubung terus kepada MADA.
bullet
Huruf "M" itu  dibentuk oleh dua butir buah padi yang menggambarkan kegiatan utama MADA di dalam perusahaan penanaman padi.
bullet
Huruf "M" juga mempunyai rekabentuk yang menjulang menggambarkan usaha-usaha pembangunan dankemajuan dalam serba bidang. Huruf berkenaan mempunyai dua kemuncak yang melambangkan dua matlamat utama MADA, iaitu untuk memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan negara.
bullet
Warna-warna kuning, hijau dan biru adalah gabungan warna- warna Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
bullet
Warna-warna tersebut juga mewakili :
 bullet
Kuning: Melambangkan Kemakmuran.

bullet
Hijau: Melambangkan Pertanian.

bullet
Biru: Melambangkan Pengurusan Pengairan.


STRATEGI DAN PROGRAM

STRATEGI 1
Meningkatkan Hasil dan Produktiviti Padi

Program
·         Mentranformasikan Sistem Pengurusan Ladang
·         Mengurus input Pertanian Secara Optimum
·         Memantapkan Sistem Pengembagnan Pertanian dan Pengairan
·         Mempergiatkan Mekanisma dan Teknologi Perladangan
·         Meningkatan Kecekapan Pengurusan Air











STRATEGI 2
Menambah Kepadatan Insfrastruktur Dan Pembangunan Sumber Air

Program
i.      Melengkapkan Infrastruktur Blok Pengairan Ke Peringkat Tertier
ii.     Memulihara dan Menambahbaikan Insfrastruktur Sedia Ada
iii.        Meneroka dan Menambah Sumber Air


STRATEGI 3
Mempelbagai Aktiviti Asas Tani dan Industri Asas Tani Bagi Menjana Pendapatan

Program
i.      Pembangunan Asas Tani
ii.          Pembangunan Industri Asas Tani
iii.         Pemasaran
iv.        Program Pembasmian kemiskinan

STRATEGI 4
Memperkukuhkan Industri Peladang

Program
i.      Mempergiatkan Usaha Menambah Keahlian
ii.    Memantapkan Pengurusan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
iii.   Mempelbagaikan Perkhidmatan Kepada Ahli
iv.  Meningkatkan Pendapatan PPK Melalui Aktiviti Ekonomi


STRATEGI 5
Memperkasakan Tadbir Urus Dan Modal Insan

Program
i.      Merencana Tadbir Urus Yang Utuh
ii.          Meningkatkan Sistem Penyampaian Organisasi
iii.         Memperkemas Sistem Rangkaian Information and Communication Technology (ict) Dalaman dan Memperluaskan Aplikasi (E-Government)
iv.        Membina keupayaan Modal Insan














PETA KAWASAN PARLIMEN / DUN DAN AHLI PARLIMEN DAN DUN



Peta Kawasan Parlimen Negeri Kedah




Ahli Parlimen
Barisan Nasional 4 | Parti Tindakan Demokratik 0 | Parti KeADILan Rakyat 3 | Parti Islam Se-Malaysia 6 | BEBAS 2
No.
Kawasan Parlimen
Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen)
Mewakili Parti
P4
Langkawi
Barisan Nasional BN
P5
Jerlun
Barisan Nasional BN
P6
Kubang Pasu
Barisan Nasional BN
P7
Padang Terap
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P8
Pokok Sena
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P9
Alor Setar
Barisan Nasional BN
P10
Kuala Kedah
Parti KeADILan Rakyat PKR
P11
Pendang
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P12
Jerai
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P13
Sik
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P14
Merbok
Parti KeADILan Rakyat PKR
P15
Sungai Petani
Parti KeADILan Rakyat PKR
P16
Baling
Parti Islam Se-Malaysia PAS
P17
Padang Serai
Bebas Bebas[1]
P18
Kulim-Bandar Baharu
Bebas Bebas[2]




Peta Kawasan DUN Kedah



Ahli DUN

ADUN Kedah[sunting | sunting sumber]
Barisan Nasional 21 | Parti Tindakan Demokratik 2 | Parti KeADILan Rakyat 4 | Parti Islam Se-Malaysia 9 | Bebas Bebas 0
No.
Kawasan DUN
Menjadi ADUN
Mewakili Parti
N1
Ayer Hangat
Mohd Rawi Abdul Hamid
Barisan Nasional BN
N2
Kuah
Nor Saidi Nanyan
Barisan Nasional BN
N3
Kota Siputeh
Abu Hasan Sarif
Barisan Nasional BN
N4
Ayer Hitam
Dato' Mukhriz Mahathir
Barisan Nasional BN
N5
Bukit Kayu Hitam
Datuk Ahmad Zaini Japar
Barisan Nasional BN
N6
Jitra
Aminuddin Omar
Barisan Nasional BN
N7
Kuala Nerang
Badrul Hisham Hashim
Barisan Nasional BN
N8
Pedu
Kama Noriah Ibrahim
Barisan Nasional BN
N9
Bukit Lada
Ahmad Lebai Sudin
Barisan Nasional BN
N10
Bukit Pinang
Md Rohsidi Osman
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N11
Derga
Tan Kok Yew
Parti Tindakan Demokratik DAP
N12
Bakar Bata
Barisan Nasional BN
N13
Kota Darul Aman
Teoh Boon Kok
Parti Tindakan Demokratik DAP
N14
Alor Mengkudu
Ahmad Saad
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N15
Anak Bukit
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N16
Kubang Rotan
Mohd Nasir Mustafa
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N17
Pengkalan Kundor
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N18
Tokai
Mohamad Taulan Rasul
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N19
Sungai Tiang
Suraya Yaacob
Barisan Nasional BN
N20
Sungai Limau
N21
Guar Chempedak
Ku Abd Rahman Ku Ismail
Barisan Nasional BN
N22
Gurun
Leong Yong Kong
Barisan Nasional BN
N23
Belantek
Mohd Tajudin Abdullah
Barisan Nasional BN
N24
Jeneri
Mahadzir Abdul Hamid
Barisan Nasional BN
N25
Bukit Selambau
R Krishnamoorthy
Parti KeADILan Rakyat PKR
N26
Tanjong Dawai
Datuk Tajul Urus Mat Zain
Barisan Nasional BN
N27
Pantai Merdeka
Ali Yahaya
Barisan Nasional BN
N28
Bakar Arang
Ooi Tze Min
Parti KeADILan Rakyat PKR
N29
Sidam
Robert Ling Kui Ee
Parti KeADILan Rakyat PKR
N30
Bayu
Azmi Che Husain
Barisan Nasional BN
N31
Kupang
Harun Abdul Aziz
Barisan Nasional BN
N32
Kuala Ketil
Md Zuki Yusof
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N33
Merbau Pulas
Parti Islam Se-Malaysia PAS
N34
Lunas
Azman Nasruddin
Parti KeADILan Rakyat PKR
N35
Kulim
Chua Tiong Gee
Barisan Nasional BN
N36
Bandar Baharu
Noor Sabrina Md Nor
Barisan Nasional BN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan